top of page

Perpaduan, reformasi berterusan, kemakmuran inklusif di 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ree

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) dalam perutusan tahun baharunya mengulangi seruan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan.


Katanya semoga kedatangan Tahun Baharu 2026 membawa kebaikan, kesejahteraan dan harapan baharu buat seluruh rakyat Malaysia.


"Perpaduan, reformasi berterusan dan kemakmuran yang inklusif kekal menjadi asas perjalanan negara.


"Kerajaan MADANI komited bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan dengan memastikan setiap dasar memberi manfaat sebenar kepada rakyat, tanpa kecuali," katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam hantaran di Facebook.

Mustapha Sakmud
Mustapha Sakmud

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud pula mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026, dengan harapan melangkah penuh iltizam dan semangat kebersamaan untuk memastikan Malaysia lebih makmur dan bersatu.


"Semoga dengan melangkah ke Tahun Baharu 2026 membawa sinar baharu, memperkukuh perpaduan, memperluas peluang serta meningkatkan kesejahteraan untuk semua," ujarnya beliau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page