top of page

Perobohan penempatan tanpa izin di Samporna demi keselamatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 8, 2024
  • 1 min read


Keputusan perobohan 273 rumah penempatan tanpa izin di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Samporna dibuat atas faktor keselamatan bagi mengekang kegiatan jenayah rentas negara.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew melalui satu kenyataan berkata keputusan itu sudah dipersetujui pada sesi mesyuarat diadakan bersama pihak berkepentingan baru-baru ini.


"Kedaulatan undang-undang negara yang berkuat kuasa haruslah dipertahankan.


"Semua tindakan itu disetujui dalam beberapa sesi mesyuarat oleh agensi berkaitan seperti Taman-Taman Sabah, pejabat daerah dan polis


"Lapan wakil komuniti Taman-Taman Sabah yang sah juga sebulat suara meminta agar komuniti tanpa izin dikeluarkan segera dari kawasan diwartakan itu," katanya dipetik menjawab isu yang tular dalam media sosial berhubung isu perobohan tersebut.


Taman Marin Tun Sakaran merupakan satu daripada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah iaitu Taman Negeri dan kesalahan seperti menangkap ikan, membina struktur tanpa izin dan bercucuk tanam memberikan kuasa kepada Taman-Taman Sabah untuk mengambil tindakan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Taman-Taman 1984.


Operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah Semporna, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Daerah Semporna termasuk Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).


Mengulas lanjut Christina berkata, notis arahan pengosongan penempatan itu diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas.


Susulan itu kerja-kerja merobohkan serta mengosongkan penempatan tanpa izin itu dilaksanakan bermula 4 hingga 6 Jun, dan 138 penempatan yang dibina di dalam kawasan panas dirobohkan, manakala baki penempatan lain diroboh sendiri pemilik terlibat.


Mengenai dakwaan anggota operasi membakar selepas merobohkan rumah itu, Liew berkata berdasarkan sumber polis, terdapat pemilik bertindak membakar rumah sendiri selepas ketiadaan pasukan operasi dan kejadian itu dirakam untuk tujuan tular melalui media sosial bagi meraih perhatian serta simpati warga siber.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page