top of page

Permohonan Zafrul masuk KEADILAN ambil kira rakan dalam Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Updated: 4 hours ago



Tindakan pemimpin UMNO, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan parti itu semalam dan menyatakan minat untuk menganggotai KEADILAN masih bertaraf spekulasi.


Setiausaga Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh, mengesahkan sehingga detik ini Zafrul masih belum mengisi borang keahlian KEADILAN dan hal itu tidak perlu dijadikan bahan perbincangan dalam parti.


"Merujuk kepada kenyataan Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di laman sosial peribadi beliau, KEADILAN (masih) belum menerima sebarang permohonan rasmi setakat ini," katanya dalam kenyataan.


Menurut Fuziah, semua permohonan keanggotaan parti KEADILAN perlu dilakukan melalui kaedah memohon secara atas talian.


Katanya, setiap permohonan akan melalui proses biasa yang mana selepas permohonan dibuat secara, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


MPP, tegas Fuziah akan turut mengambil kira pandangan komponen Kerajaan Perpaduan sekiranya perlu menjaga sensitiviti pihak lain.


"Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan rakan di dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi," katanya lagi.


Buat masa ini, kata beliau, dimaklumkan Zafrul akan menunaikan ibadah haji dan beliau mendoakan agar Zafrul selamat pergi dan kembali, serta memperoleh haji yang mabrur.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page