top of page

Permohonan kewarganegaraan lalui tapisan sangat ketat - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14, 2024
  • 1 min read

ree

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan semua permohonan membabitkan kewarganegaraan akan melalui tapisan yang sangat ketat.


Katanya, tapisan tersebut termasuk oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


"InshaAllah janji saya tetap sama iaitu untuk segera membuat keputusan kepada pemohon yang layak serta melepasi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh KDN. Doakan supaya dipermudahkan," katanya dalam hantaran di akaun X.


Difahamkan, pendirian itu dinyatakan Saifuddin susulan tindakan segelintir pihak yang cuba memainkan isu kewarganegaraan bagi menimbulkan rasa tidak yakin terhadap kerajaan.

"Saya tahu baru-baru ini terdapat isu berhubung kewarganegaraan yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page