top of page

Perluaskan pusat rawatan kanser ikut zon bukti Kerajaan pro rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 11, 2023
  • 1 min read

ree

KEADILAN Kemaman menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluas pusat rawatan kanser ke seluruh negara.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, pengumuman Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa itu semasa merasmikan program against all odds a tribute to cancer survivor di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur semalam amat dinanti natikan oleh pesakit kanser dan keluarga mereka yang sebelum ini mengalami kesukaran untuk menjalani rawatan panyakit itu sekiranya mereka tidak berada di negeri Pantai Barat.


"Cadangan memperluas pusat rawatan kanser keseluruh negara adalah satu usaha yang amat baik.


"Ketika ini masih ramai pesakit kanser tidak mendapat akses kepada rawatan kanser atas faktor kewangan dan juga jarak yang jauh untuk mendapatkan rawatan khususnya bagi penduduk di Daerah Kemaman dan Terengganu umumnya.


"Justeru itu usaha Kementerian Kesihatan untuk meluaskan akses kesihatan dan rawatan kepada pesakit kanser harus disokong dan sama-sama dijayakan oleh semua pihak," katanya.


Menurut beliau lagi, KEADILAN Kemaman berharap agar lebih banyak inisiatif untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat dapat dijayakan oleh Kementerian Kesihatan melalui kepimpinan Menteri Dr Zaliha.


Semalam Dr Zaliha mengumumkan pusat rawatan kanser akan diperluas mengikut zon. Hal itu kerana ketiadaan pusat rawatan penyakit itu terutama di zon Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page