top of page

Perluas kerjasama Semarak Gemilang Malaysia Madani kerajaan - swasta.

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 17, 2023
  • 2 min read

Updated: Aug 18, 2023



Kerjasama strategik Semarak Gemilang Malaysia Madani antara sektor swasta dan kerajaan perlu ditingkatkan dan diperluaskan.


Hal itu dinyatakan dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil di Majlis Pelancaran Semarak Gemilang Malaysia Madani OhMydin Meriah Bersama di Mydin Mall, Seremban 2, petang tadi.


Jabatan Penerangan menjadi rakan kongsi kepada Mydin dalam sambutan bulan kemerdekaan syarrikat peruncitan borong itu pada tahun ini.


"Kerajaan sentiasa mengalu alukan kerjasama strategik seperti ini untuk membuka lebih banyak peluang bagi kerajaan mendampingi rakyat melalui program yang dianjurkan.


"Program bertujuan menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnya pihak swasta dalam menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan. Usaha ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta pada negara serta semangat Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat


Di Negeri Sembilan ini kita juga baru selesai pilihan raya negeri maka tempoh hari dalam mesyuarat Jemaah Menteri Perdana Menteri ingatkan bahawa politik telah selesai, marilah kita kembali bersama sebagai sebuah negara, dan kita maju ke depan," katanya.


Justeru, tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kerajaan berharap bukan saja Mydin tetapi lebih banyak pihak swasta bersama mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini.


"Saya difahamkan program ini (di Mydin) berlangsung 3 hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos, ada program MyMerdeka, kuiz kenegaraan, kuiz ASEAN, pertandingan bintang patriotik dan banyak lagi acara menarik khusus untuk pengunjung Mydin di Seremban 2.


"Kita sama berkumpul hari ini untuk meraikan acara istimewa iaitu sambutan Mydin ke 66. Acara ini sama unik dengan sambutan 66 tahun kemerdekaan negara.


"Kredibiliti Mydin sebagai peneraju awal industri peruncitan tempatan serta keupayaan Mydin untuk berasimilasi dengan perubahan dalam bidang ekonomi digital merupakan usaha yang harus dipuji


"Saya dimaklumkan dalam ulang tahun ke 66 kempen OhMydin ini telah dianjurkan pelbagai tawaran penjimatan hebat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan rakan media," katanya.


Dalam ucapan itu, Fahmi turut mengingatkan mengenai Ekonomi Madani yang telah dilancarkan pada 27 Julai dan kerangka tersebut bagi membina kegemilangan ekonomi manusiawi Malaysia pada masa hadapan.


"Kerajaan (melalui Ekonomi Madani) berazam lahirkan syarikat tempatan yang berdaya saing di pasaran antarabanagsa. Selain menyokong pengembangan syarikat tempatan pada semua tahap. Justeru syarikat tempatan diseru memacu inovasi dan persaingan.


"Manakala ekonomi digital akan mengubah sesuah organisasi beroperasi. Jika sesebuah organisasi itu jadikan teknologi digital teras utama, langkah ini mampu menjadikan organisasi cekap serta meminimumkan pembaziran sumber," katanya.


Oleh itu, kata beliau, Mydin serta syarikat lain digesa menempatkan diri dalam inisiatif Ekonomi Madani yang telah dirangka.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page