Malaysia Timur memerlukan seorang ahli politik tempatan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Hal itu ditegaskan oleh Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Katanya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa hadapan bergantung kepada Sabah dan Sarawak yang masih banyak sumber mineral dan muka bumi yang luas belum diteroka.
Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu dilantik bagi mempecepatkan pembangunan. Tambahan pula, katanya Indonesia telah memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan. Satu pelabuhan antarabangsa baharu perlu dibina di Sabah.
Wilfred membayangkan Sabah akan menjadi Singapura kedua dengan kapal dari China, Korea, Jepun dan Filipina akan singgah di Sabah untuk ke Kalimantan yang akan dibangunkan sebagai hub industri baharu Indonesia.
Menurutnya, sekiranya Malaysia terlambat maka Sabah akan kekal sebagai tempat transit pendatang, pelarian dan penjenayah sebagaimana situasi sekarang. Malaysia juga terlepas hasil kemakmuran ekonomi Indonesia yang akan menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.
Cadangan untuk mewujudkan satu lagi jawatan TPM khusus bagi hal ehwal Wilayah Sabah &Sarawak telah lama di suarakan oleh para pimpinan dari Wilayah tersebut namun sehingga kini tiada apa2 perkembangan drp pihak drp Semenanjung. Atas semangat Perjanjian MA63, sewajarnya jawatan TPM2 dpt diwujudkan khusus untuk pemimpin drp Malaysia Timur.