top of page

Perlu sedar siapa musuh sebenar KEADILAN - Amirudin Shari


KEADILAN sudah bersahabat dan bermusuhan dengan pelbagai jenis pihak, namun amat penting untuk mengenal pasti siapa kawan dan siapa lawan yang sebenar, dalam menghadapi fitnah dan tohmahan yang berleluasa di media sosial.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan golongan yang umum keluar parti hanya mahu memburuk-burukkan parti, sedangkan tidak ada satu pun cabang parti yang benar-benar lumpuh.


"Ketika ini kita berdepan dengan cabaran berbeza dan imej parti sedikit tercalar. Kita kehilangan rakan-rakan tetapi kita harus mengekalkan muafakat bersama.


"Sekarang masa terbaik untuk sama-sama kita berdiri dan mara ke depan. Kita kena jelas siapa musuh sebenar. Mereka yang korup, mereka yang mengkhianati mandat rakyat," katanya ketika berucap di Konvensyen Penerangan KEADILAN.


Amirudin juga menggesa jentera penerangan supaya menggembleng tenaga, turun padang dan bertemu rakyat bagi memastikan usaha dan hala tuju KEADILAN diketahui umum dan disebarkan dengan sewajarnya.


"Ini masa terbaik untuk maju ke depan dan memberi penjelasan kepada rakyat. Dalam masa sama jentera penerangan perlu tunjuk apa yang kita nak buat dan apa yang sudah dilakukan.


'Rakyat perlu tahu bahawa sebahagian dari kejayaan kerajaan PH di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah merupakan usaha dan sumbangan pimpinan parti kita.


"Kita sudah ada kubu kuat untuk jatuhkan Perikatan Nasional. Jadi lagi cepat Pilhan Raya Umum lagi cepat kita ke Putrajaya untuk kembalikan mandat rakyat.


"Justeru, elok kita bersiap awal. Mesyuarat untuk aktifkan jentera penerangan pun sudah diadakan. Asalkan kita berlandaskan prinsip perjuangan parti, kita akan capai kejayaan," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page