top of page

Perlu laksanakan budaya kerja menuju kemenangan - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


KEADILAN merupakan parti yang telah lebih dua dekad umurnya dan telah pun menjadi parti utama gabungan pemerintah.


Oleh itu, menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, semua anggota seharusnya dilibatkan bagi mempertahankan kemenangan dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang, dan memenangi kawasan baharu. Hal itu perlu diusahakan bersama, tidak mengira pihak yang menang atau kalah dalam Pemilihan KEADILAN 2025.


"Yang menang kena pastikan setiap peringkat termasuk di cabang kita kena libatkan. Yang mana bertanding cabang, ranting yang tidak beri sokongan kepada kita, tetapi undi pilihanraya nanti.


"Kita perlu laksanakan budaya kerja ini. Parti kita bukan parti baru umur 26 tahun, melangkaui usia remaja.


"Umur yang mahu membina masa depan, memikir untuk gnerasi akan datang," katanya.


Selain itu, Nurul Izzah juga berpesan agar pemimpin yang menang sering turun padang mengambil tahu hal ehwal ahli di bawah, terutama bangsa India yang masih dianggap kurang diberi perharian.


"Kita perlu ingat our base (sokongan). Mahu atau tidak lawatan saya ke bawah, saya bertemu perwakilan bangsa India, mereka katakan kami sebahagian yang menobatkan Datuk Seri Anwar, kami mahu diberikan perhatian dan dikomunikasikan apa bentuk kejayaan dan usaha membela (kaum India)," katanya.


Nurul juga menyentuh mengenai sokongan wanita kepada KEADILAN yang masihg belum melebihi 50%.


Sokongan perlu ditingkatkan, kata beliau, oleh Wanita KEADILAN pada pilihanraya akan datang.


"Saya bawa (isu dibawa) perwakilan wanita Sabah berkenaan perubahan iklim. Perubahan iklim dianggap isu sosial, yang menjadi kesan kepada wanita ketika banjir.


"Ibu menjaga anak anak ketika demam. Kita kena gerakkan semboyan ini unyuk buktikan keadilan makna kepada wanita.


"Kita wajib lakukan perubahan supaya kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page