Perkukuh kerjasama, tingkat kesejahteraan rakyat S'gor-Sabah
- Suara Keadilan
- Jun 5
- 1 min read

Menteri Besar Selangor hari ini mengunjungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya, Kota Kinabalu.
Amirudin yang juga Naib Presiden kanan KEADILAN berkata, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu, khususnya terkait kepentingan rakyat di kedua dua buah negeri.
"Pertemuan yang penuh akrab dan mesra ini membuka ruang perbincangan tentang pelbagai perkara, khususnya dalam memperkukuh kerjasama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Selangor dan Sabah.
"Terima kasih kepada sahabat saya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan saya bersama rakan-rakan.
"Insya-Allah hubungan erat ini akan terus dipelihara demi kestabilan dan kejayaan Kerajaan Perpaduan," katanya dalam muat naik di Facebook.
Dalam pertemuan turut serta beberapa pimpinan KEADILAN seperti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud; Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; serta Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim.
Comments