top of page

Perkukuh bahtera perjuangan, Fadhlina tanding Ketua Wanita KEADILAN



Persaingan dalam Wanita KEADILAN agak sengit apabila Senator Fadhlina Sidek mengumumkan akan bertanding sebagai Ketua Wanita KEADILAN dalam pemilihan parti 2022.


Menurut Fadhlina, beliau terpanggil untuk memimpin Wanita KEADILAN bagi memberi sumbangan memperkukuhkan parti pasca Langkah Sheraton yang menggoyahkan struktur.


"Pasca pengkhianatan memperlihatkan mana-mana pemimpin yang gemar bermain politik wang dan budaya amplop akan tidak senang duduk dalam parti keramat ini.


"Atas nama kasih dan cinta terhadap perjuangan Wanita dan tekad mempererat saf kepimpinan di segenap lapisan, berpeluk tubuh bukanlah pilihan.


"Hari ini, saya menyeru kepada segenap individu yang ikhlas, komited dan berani, agar tampil ke hadapan untuk sama-sama memperkukuh bahtera KEADILAN dalam menempuh semboyan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 kelak.


"Sayugiya itu, dengan penuh kesedaran dan keinsafan memikul pundak tanggungjawab saya, Fadhlina Sidek dengan ini mengumumkan untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Wanita Pusat KEADILAN di dalam pemilihan parti kali ini," katanya.


Sebelum itu, Fadhlina menyatakan kekhuatiran mengenai prestasi lemah KEADILAN dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri iaitu Melaka, Sarawak dan Johor yang memerlukan dilakukan rejuvenasi di dalam struktur parti


Beliau juga bimbang terhadap arus perdana yang melanda negara, percubaan serius membawa kembali tokoh tokoh kleptokrasi sebagai menteri dan perdana menteri dalam PRU 15.


"Saat kita sedang giat mengurus kepincangan di dalam masyarakat, urus tadbir negara yang sepatutnya menjadi payung utama rakyat dirompak dan dicabul atas nama demokrasi.


"Ketika golongan rentan sedang bertarung dengan krisis kesihatan dan ekonomi, kumpulan kumpulan yang telah mencalar nama reformasi telah membuka karpet merah untuk pasukan kleptokrat kembali.


"Arakian, segunung kemarahan terhadap sekelompok yang salah ini tidak akan membetulkan kebobrokan.


"Perkara ini hanya akan dapat diubah dan disinergikan dengan lebih ramai pemimpin masyarakat yang tampil berani ke hadapan sebagai peneraju dan katalis perubahan.


"Keterangkulan agenda reformasi adalah bertitik tolak kepada kesejagatan anggota KEADILAN," katanya lagi.


Justeru, aktivis hak hak wanita itu juga menawarkan untuk lebih giat memperjuangkan ehwal kaum wanita di Parlimen dan luar Parlimen sekiranya beliau terpilih menjadi Ketua Wanita KEADILAN yang baharu.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page