Perkon Johor mahu kerajaan PN campurtangan isu penamatan subkontraktor lupus sisa pepejal


Persatuan Kontraktor Bumiputera Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan Negeri Johor (Perkon Johor) kesal dengan tindakan SWM Environment Sdn Bhd (SWME) yang didakwa menamatkan kontrak subkontraktor sedia ada.


Penasihat Perkon Johor, Ir Khairuddin A Rahim, berkata SWME sepatutnya mengambil kira keadaan semasa ketika pandemik Covid 19 dan kemelesetan ekonomi sebelum membuat keputusan.


"Menamatkan kontrak subkontraktor novasi sedia ada yang telah bersama-sama mereka semenjak tahun 1997 iaitu hampir 24 tahun di tengah-tengah bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi adalah tidak wajar. Apatah lagi kebanyakan sub-kontraktor ini adalah kontraktor Melayu Bumiputera.


"Sepanjang tempoh penswastaan pelupusan sisa pepejal berjalan, SWME telah mengaut keuntungan besar berpuluh juta ringgit setiap tahun.


"Oleh itu, Perkon Johor minta campurtangan Kerajaan (Perikatan Nasional) untuk bertindak membantu subkontraktor yang terjejas ekoran tindakan SWME ini, supaya nasib dan masa depan mereka terbela. SWME tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan kontrak subkontraktor novasi tanpa alasan yang munasabah," kata Khairuddin dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Senggarang itu lagi, hampir kira-kira 200 syarikat-syarikat kontraktor novasi Bumiputera untuk 3 negeri berada di bawah pengurusan SWME iaitu di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang terkesan dengan masalah berkenaan


Katanya, hal itu boleh diselesaikan secara baik sekiranya kerajaan memantau tindak tanduk syarikat konsesi SWME agar keputusan menswastakan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam dari Pihat Berkuasa Tempatan (PBT) kepada syarikat swasta dibuat dengan cara yang betul


"Keputusan sepatutnya memberi faedah kepada semua pihak sama ada syarikat konsesi itu sendiri atau kontraktor-kontraktor Bumiputera yang dahulunya di bawah PBT.


"Justeru kami minta kerajaan menyiasat serta campurtangan di dalam peratusan penglibatan syarikat Bumiputera yang berada di bawah SWME pada hari ini yang mana keluasan kawasan yang diberi oleh SWME kepada kontraktor novasi hanyalah 21%. Kurang daripada 30% sebagaimana menurut Dasar Ekonomi Baru.


"Kerajaan juga diminta menyiasat proses tender yang dijalankan baru-baru ini dan mengkesampingkan kontraktor novasi yang sekian lama melalui memilih kontraktor baharu yang memberikan kadar harga yang jauh lebih rendah daripada kontraktor novasi," katanya lagi.


Sehubungan itu, Khairuddin berharap kerajaan PN mengkaji semula terma-terma perjanjian dengan konsesi SWME agar nasib lebih 200 kontraktor bumiputra novasi bagi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terbela selepas ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER