top of page

Perkasa undang-undang tangani isu gangguan seksual


Naib Presiden ABIM Hal Ehwal Wanita (HELWA), Fatin Nur Majdina Nordin memandang serius pendedahan sekumpulan pelajar terhadap salah laku gangguan seksual seorang pensyarah pusat asasi yang tular di media sosial.


Beliau berpendapat, ia menunjukkan sebahagian daripada masyarakat masih memperkecilkan isu maruah, adab dan nilai dalam pergaulan seharian.


"Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di institusi ilmu. Pelbagai reaksi terhadap isu ini juga memperlihatkan kekeliruan kita dalam melihat isu secara objektif.

"Pelecehan melalui kata-kata sindiran dan gurauan keterlaluan akan mencetuskan ketidakselesaan serta pencalaran maruah.


"Sehubungan itu HELWA ABIM menggesa agar kerajaan mewujudkan mekanisme yang praktikal dalam menangani isu gangguan seksual antaranya dengan memberi keutamaan kepada pembentangan RUU Gangguan Seksual dalam sidang parlimen akan datang.


"Perlindungan kepada masyarakat terbanyak harus diutamakan berbanding melindungi individu berkuasa besar dengan moral yang rendah," katanya.


Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak sekolah dan universiti atau kolej menyediakan dan memperkasa Polisi Anti-Gangguan Seksual dan Kod Amalan Anti-Gangguan Seksual bagi menangani kes gangguan seksual.


"Ini sekaligus mewujudkan persekitaran yang selamat dan perlindungan untuk pelajar di sekolah dan mahasiswa di universiti.


"Sebarang bentuk gangguan seksual tidak seharusnya dinormalisasikan dalam masyarakat. Setiap ahli masyarakat perlu diterapkan dengan nilai hormat menghormati dan kepentingan menjaga maruah sesama manusia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page