top of page

Perjanjian sempadan Malaysia - Indonesia ikut syor pakar - Anwar



Perjanjian sempadan laut yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia sempena lawatan Presiden Joko Widodo baru baru ini mengikut undang undang dan telah diteliti oleh pakar pakar Malaysia.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian itu tidak sama sekali menjejaskan kepentingan negara.


"Perjanjian ini dimeterai setelah diakui Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Peguam Negara, Jabatan Pemetaan dan juga Hidrografi Malaysia


"Setelah mereka teliti, perjumpaan akhir dengan saya, barulah kita meterai. Ini berlanjutan tatkala perbincangan saya dengan Presiden Jokowi, kita sebagai negara sahabat harus selesaikan perkara yang berlarutan selama 18 tahun.


"Sebab itu pada 8 Jun kita melakukan persetujuan berdasarkan titik sempadan yang tidak kita pertikai dan undang undang antarabangsa terutama Konvensyen Undang undang Laut 1982, Konvensyen The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982.


"Yang jadi masalah ialah sebahagian kita (pembangkang) menjerit di luar, dia tak baca kenyataan bersama.


"Kenyataan itu tidak termasuk kawasan yang masih dirunding, termasuk di (pulau) Sebatik, Sulawesi Selatan.


"Begitu juga tentang perjanjian ini tidak melibatkan pelabuhan Tanjung Pelepas (Johor).


"Garis penyelesaian bagi segmen 8B, 8C ada dalam peta kononnya beri impak negatif tidak berasas, kerana kawasan itu milik Malaysia," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas - Kota Bharu).


Mengenai soalan tambahan bahawa PM tidak menggunakan khidmat pakar pakar perundangan dan sebagainya dalam merujuk perjanjian tersebut, Anwar membantah tuduhan itu.


"Pakar maritim, pakar mana? Saya telah sebut Jabatan Maritim, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Kementerian Luar. Sebelum saya meterai, saya berdepan dengan mereka ini.


"Mengikut peraturan sempadan, tiada pelanggaran langsung. Yang dipersetujui oleh pakar pakar kita. Yang tidak dipersetujui perairan Tanjung Pelepas.


"Apa pandangan pihak berkepentingan. Johor, Tuanku Sultan telah dimaklumkan bahawa ini sempadan, 3 batu nautika dari kawasan tidak termasuk perbatasan Johor. Sabah tidak dimeterai dalam hal ini.


"Pulau Sebatik, Tawau ditangguh kerana kita belum bersetuju," katanya.


Manakala mengenai perjanjian Singapura dan Indonesia yang dibuat pada 2009, PM berkata Malaysia membantah perjanjian yang menjejaskan kepentingan negara itu dan Anwar berkata beliau telah menyampaikan bantahan tersebut kepada Presiden Jokowi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page