top of page

‘Perjalanan perniagaan mohon fleet card, bukan Budi Madani RM200’



Oleh: Abdullah Zaid


Tiga hari selepas pelaksanaan dasar penyasaran subsidi diesel banyak rungutan kedengaran di media sosial mengenai bantuan subsidi RM200 melalui inisiatif Budi Madani yang tidak mencukupi.


Pelbagai kiraan dipaparkan oleh warga net mendakwa mereka menggunakan diesel melebihi RM1,000 sebulan untuk kenderaan diesel persendirian dan tidak wajar hanya diberi sedikit subsidi.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha berkata, luahan di media sosial tersebut tidak menjelaskan jenis perniagaan apakah yang dilakukan oleh pengguna yang mengakui menggunakan sejumlah besar diesel.


Katanya, sekiranya pemilik kenderaan itu menjalankan perniagaan maka sebaik baiknya melesenkan perniagaan tersebut dan memohon subsidi dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 untuk mendapatkan fleet card.


Menurutnya, pemberian fleet card telah memberi manfaat kepada 33 jenis pengangkutan awam termasuk dalam sektor logistik.


"Pemberian fleet card ini juga memberi bantuan kepada 410,000 kenderaan diesel di Semenanjung dan ia juga termasuk dalam dalam jenis bas atau kenderaan yang memerlukan perjalanan jauh.


"Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan Budi MADANI yang terbuka kepada pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan diesel seperti pemilik ladang dan nelayan yang kerap menggunakan diesel untuk aktiviti harian mereka," katanya kepada Suara Keadilan.

Kiraan cytro di media sosial burukkan kerajaan

Kelmarin, kerajaan mengumumkan harga diesel diselaraskan mengikut pasaran semasa bermula Isnin, dengan harga di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM3.35 seliter.


Mengulas lanjut, Azha berkata, persepsi ramai yang menggambarkan kerajaan mansuh atau menghapuskan subsidi adalah tidak tepat.


"Hakikatnya, Kerajaan MADANI tidak pernah menghapuskan subsidi diesel seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.


"Subsidi diesel masih dinikmati oleh semua pengguna kenderaan diesel sama ada dalam bentuk pindahan kewangan setiap bulan atau penggunaan fleet card bagi mereka yang berdaftar," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan kenaikan bantuan RM 200 sekiranya pemberian tunai itu dilihat masih tidak mencukupi.


Jelasnya, Kementerian Kewangan ketika ini telah mengadakan kajian dan libat urus dengan banyak pihak dan merasakan pemberian RM 200 setakat ini mencukupi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page