top of page

Perhimpunan Aidilfitri warga Debak semai semangat kerjasama, persepakatan



Pehimpunan kenduri Hari Raya Aidilfitri "Berambeh Ringgo Rayo Urang Debak" bagi warga Debak yang menetap di sekitar Bandar Kuching, Samarahan dan Lundu semalam mendapat sambutan luar biasa.


Menurut Pengarah Program Berambeh Rayo Urang Debak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, program yang dianjurkan di Di Dewan Serbaguna Akademi Kastam Kuching dan dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Kesejehteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam itu amat berjaya dalam menyatukan warga Debak.

Abang Zulkifli menyamaikan hadiah

Menurut beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, program kenduri perpaduan seperti itu harus disemai dan dijalinkan dalam kerangka yang lebih luas dan menyeluruh selepas ini.


"Perpaduan harus dipupuk dan dijalin rapat bermula dari kelompok kecil iaitu bermula dari masyarakat kampung, taman-taman perumahan, daerah dan seterus merentasi negeri dan negara serta merangkumi kaum, budaya dan kepercayaan.


"Masyarakat itu akan lebih maju sekiranya perpaduan dan persefahaman terjalin erat," katanya dalam kenyataan.


Manakala dalam ucapan pengerusi pengelola program berkenaan, Abang Yusuf Abang Spawi, beliau berkata, penganjuran program tersebut dapat merapatkan hubungan persaudaraan yang sedia terjalin terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda yang berasal daripada rumpun keluarga yang sama.


Selain daripada itu, katanya, permufakatan tersebut dijadikan pengkalan pengumpulan data bagi memudahkan perhubungan dan mempercepatkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh warga Debak.


Kenduri tersebut turut diserikan persembahan nyanyian disulami taklimat Kaedah Pertanian Bandar bagi menambah pendapat keluarga oleh Abang Yusuf Abang Spawi, Syair Tepung Tawar Debak Saribas oleh Abang Hakim Abang Abu serta pertandingan meragga pakaian raya kanak-kanak sekolah rendah dan tadika.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page