top of page

Perbincangan kerjasama ekonomi Malaysia - Filipina memberangsangkan



Perbicangan hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Filipina berjalan dengan memberangsangkan dalam lawatan Presiden republik itu, Ferdinand Marcos Jr di Malaysia hari ini.


Perdana Menteri Datuk (PM) Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam ucapan bersama Presiden Filipina petang tadi.


Menurut PM, perbincangan yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya hari ini menyentuh berkenaan meningkatkan hubungan dagang dan usaha meluaskan rangka kerjasama ekonomi.


"Kami membincangkan isu perdagangan dua hala, pelaburan. Ada kenaikan dalam pelaburan dan perdangangan. Ada potensi besar yang kita perlu terokai, (iaitu) kekukuhan ekonomi Filipina dan kapasiti dalam sektor perniagaan


"Di sini kedua dua komuniti perniagaan perlu lebih mengambil langkah meluaskan hubungan kerjasama ekonomi dua hala dan pada masa sama membantu membangkitkan semula ekonomi pasca Covid," katanya.


Perbincangan juga, kata PM, menumpukan kepada isu Selatan Filipina dan pelaburan Malaysia untuk meningkatkan sektor kewangan Islam serta produk halal yang antaranya melibatkan kawasan berkenaan.


"Kami membincangkan potensi industri halal bagi kedua dua negara, kebanyakan dalam isu persijilan. Tetapi saya rasa kita seharusnya mengambil langkah bersama untuk memastikan industri halal boleh menembusi pasaran Timur Tengah dengan lebih baik," katanya.


Selain itu, menurut PM, isu mengenai pergolakan di Myanmar juga ditimbulkan dan Malaysia mahu memperkukuhkan 5 konsensus ASEAN yang dipersetujui sebelum ini, serta usaha tersendiri negara jiran untuk menyelesaikan isu kemanusiaan di negara junta tentera tersebut, terutama terkait etnik Rohingya yang tertindas.


Satu Suruhanjaya Bersama Malaysia - Filipina juga, katanya, akan dibentuk dan perbincangan tersebut bersetuju untuk satu persidangan diadakan pada hujung tahun bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit antara kedua dua negara.


"Suruhanjaya Bersama akan berbincang pada hujung tahun, dan kita ada persefahaman yang kedua dua kami telah bersetuju untuk mempercepatkan proses. Di mana kita perlu cari jalan penyelesaian dan berharap akan menandatangan (MoU) semasa mesyuarat jawatankuasa tersebut," katanya lagi.


Suruhanjaya Bersama itu dijangka akan membincang dan memutuskan isu isu di sekitar bidang pertanian, industri halal, perbankan Islam, pendidikan, pelancongan, sukan dna ekonomi digital.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page