top of page

Perbanyak pusat kuarantin, kekang gelombang Covid 19 - Akmal Nasir




Jangkitan wabak Covid 19 gelombang ketiga yang penyebarannya semakin pantas ke seluruh negara berbanding sebelumnya membimbangkan banyak pihak.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, dalam menangani situasi ini kerajaan perlu mengambil beberapa langkah baharu bagi mengekang wabak berkenaan.


Beliau mencadangkan agar kerajaan Perikatan Nasional membuka lebih banyak pusat kuarantin dan tidak terlalu bergantung kepada kuarantin kendiri yang mungkin membahayakan ahli keluarga sekiranya seseorang adalah pembawa virus.


"Trend peningkatan kes di negara ini sejak beberapa hari lalu membimbangkan dan ia selari dengan pertambahan jumlah kes dan kematian Covid-19 di seluruh dunia.


"Dalam keadaan ini, kerajaan sewajarnya memperbanyakkan pusat kuarantin bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang berisiko rendah dan tidak bergejala berbanding ditempatkan di rumah.


"Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilanjutkan sehingga 9 November ini diterima baik namun ia perlu diperketatkan lagi demi keselamatan rakyat.


"Kita menganggap walaupun ada pesakit yang tidak bergejala, ahli keluarga yang berada di rumah terutama warga emas, kanak-kanak dan bayi berisiko dijangkiti wabak berbahaya itu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya, langkah pencegahan yang lemah sebelum ini mungkin menjadi punca sukarnya Covid 19 dikawal sejak beberapa minggu lalu.


Katanya, tibalah masanya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan melaksanakan SOP yang lebih tegas demi mengelakkan Malaysia tergolong dalam negara yang gagal membendung pendemik tersebut.


"Langkah membenarkan pesakit yang bergejala Covid-19 menjalani kuarantin dan rawatan di rumah akan membuka jalan kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi dalam kalangan ahli keluarga walaupun pelbagai langkah diambil bagi menghalangnya.


"Oleh sebab itu, pesakit perlu ditempatkan di pusat kuarantin yang ditetapkan dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan atau skim MySalam, terutama golongan yang tidak berkemampuan.


"Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dibantu bukan sahaja untuk merawat pesakit, tetapi juga bantu mereka mengawal jangkitan," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page