top of page

Perbahasan laporan audit tingkat akauntabiliti tadbir urus - Tze Tzin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 di Dewan Rakyat disifatkan sebagai nafas baharu ke arah memperkukuh ketanggungjawaban, ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus negara.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, langkah tersebut telah membolehkan kerajaan memperoleh kedudukan kewangan yang lebih kukuh hasil daripada pelaksanaan pelbagai reformasi yang membuahkan hasil.


''Sebagai contoh, hutang Persekutuan telah boleh dikawal, kenaikan pertumbuhan hutang menurun daripada 11.4% pada 2021, sekarang hanya 6.4% (2024).


''Jadi pada tahun 2023, defisit kewangan dicatatkan adalah 5%, tetapi pada 2024 unjuran adalah 4.3%, namun kita berjaya menurunkan lagi daripada 4.3% kepada 4.1%.


''Ini merupakan satu kejayaan. Dengan kedudukan fiskal yang lebih baik, kerajaan kini berupaya memanfaatkan lebihan tersebut untuk rakyat, lebih banyak bantuan boleh disalurkan kerana kejayaan ini berpunca daripada peningkatan ketelusan, akauntabiliti dan mekanisme semak imbang yang lebih berkesan.


''Hasilnya, wujud lebihan kewangan yang kemudiannya dikembalikan semula kepada rakyat,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Susulan kejayaan itu, Tze Tzin merakamkan ucapan tahniah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memulakan tradisi untuk membahaskan LKAN.


Dalam pada itu, Tze Tzin terus memuji prestasi Kerajaan MADANI yang berjaya menyalurkan Bantuan SARA sebanyak RM100 setiap bulan kepada keluarga B40.


Bantuan seperti itu kata beliau, banyak membantu keluarga-keluarga kecil yang kurang berkemampuan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.


''Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mengumumkan pemberian RM100 kepada setiap warganegara tanpa mengira kaya atau miskin.


''Mereka boleh menerima RM100 untuk setiap individu kerana kedudukan kewangan kerajaan kini telah diperbaiki.


''Paling hebat sekali, kerajaan kini mampu menawarkan BUDI MADANI pada harga RM1.99 seliter dengan kuota petrol bersubsidi sebanyak 300 liter kepada semua rakyat,'' ujarnya sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page