top of page

Perayaan Kuih Bulan tingkatkan pemahaman antara budaya



Perayaan Kuih Bulan yang disambut hari ini mengikut kelendar Lunar mampu meningkatkan lagi pemahaman antara budaya di kalangan rakyat Malaysia.


Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perayaan pelbagai kaum mampu menjadi faktor pengikat dan penguat keharmonian sesama rakyat.


"Saya mengucapkan selamat menyambut Festival Mid-Autumn kepada masyarakat Tionghua atau lebih tepat Perayaan Zhong Qiu.

"Keunikan Malaysia terus menyemarak tatkala hari-hari besar pelbagai kaum akan menjadi faktor pengikat seluruh masyarakat di selain memberi kesempatan kepada kita memahami dan mengenal antara satu dengan yang lain.


"Sementara tantangan di masa pandemik terus menghambat kemampuan kita untuk merayakannya dengan cara biasa, ingatan dan pendekatan kreatif kita sendiri dalam menyesuaikan diri di kala norma baharu juga dianggap cukup bermakna," katanya.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu turut menyeru agar dialog antara peradaban diperhebatkan bagi mencungkil ciri-ciri kebersamaan antara kaum dan cita-cita untuk menetapkan hala tuju negara bangsa.


"Selalu saya tegaskan tentang peri penting membaca dan menelaah ciri-ciri pelbagai budaya yang ada di Malaysia termasuk kisah-kisah purba tamadun terdahulu agar kita faham budaya tetangga kita, dan secara tidak langsung akan menguatkan kerukunan dan sistem bangsa.


"Kisah purba mengenai Dewi Bulan Chang’e dan kekasihnya yang juga seorang pemanah Hou Yi menekankan nilai cinta, keinginan dan pengorbanan yang terpancar di seluruh budaya di Malaysia.


"Saya berharap budaya membaca untuk memahami pelbagai budaya yang ada di sekeliling kita dapat diperhebat agar kerukunan dapat terbina dan bersama dalam menempuh tantangan agar masyarakat dan semangat kekeluargaan di negara ini terus utuh dan bersatu padu," katanya lagi.


Perayaan Kuih Bulan amat bermakna kepada KEADILAN kerana sejak penubuhannya parti itu menggunakan sambutan perayaan tersebut bagi memperbaharui tekad reformasi membawa perubahan di dalam negara.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page