top of page

'Perasuah besar gembira Najib dihukum, saya rasa aneh' - Anwar



Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bukan sahaja disambut baik oleh rakyat biasa malah oleh para perasuah besar yang masih berkuasa, sehingga menimbulkan rasa aneh mengenai perjalanan pemerintahan di Malaysia.


Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pendakwaan tidak harus hanya kepada perasuah tertentu sahaja, tetapi juga semua koruptor lain yang telah merugikan rakyat Malaysia sejak sekian lama.


"Kalau kita tengok reaksi hukuman ke atas Najib, saya tengok ada pemimpin perasuah besar pun dia kata bagus tindakan (pemenjaraan), saya pun rasa aneh juga.


"Rasuah ini tidak hanya khusus kepada seorang. Itu soal mahkamah (membicarakan). Yang lain itu patut disiasat. Rahsia umum orang (politik) yang mempunyai kekayaan berpuluh puluh bilion. Saya sebut Global Financial Integrity Report tentang (wang) bilion ringgit dibawa keluar. Kemudian Panama Papers, Pandora Papers, siasatlah.


"Sebab itu saya ingatkan perasuah besar ini. Dia bercakap seolah olah tidak ada apa apa berlaku. Kami bersih. Bersih apa... biar pasukan penyiasat bertindak (siasat dahulu), kalau perlu SPRM kita perkukuhkan," katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Pathway to a better Future Malaysia" dalam satu majlis di Dorset Hotel, Subang Jaya, pagi tadi.


Dalam ucapan di majlis itu, Presiden KEADILAN itu membentangkan kerangka besar masa hadapan Malaysia yang lebih baik, progresif dan dinamik serta membayangkan keperluan perubahan politik dan pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum ke 15 ini.


"Mengapa saya bentangkan kerangka besar tentang masa depan Malaysia, kerana saya tidak mahu politik ini hanya melibatkan percaturan kuasa atau serangan serangan.


"Sebab itu saya tidak sentuh sangat kes terakhir yang melibatkan Datuk Seri Najib tetapi tumpu mengapa kita ingin perubahan dan mengapa sistem negara ini harus bergerak untuk memastikan keselesaan hidup bagi rakyat dengan tatakelola yang baik dan beberapa isu memprihatinkan yang perlu difikirkan.


"Tidak hanya sebagai kenyataan kerajaan tetapi harus difahami rakyat, soal kemiskinan mereka, soal kesenjangan, kemudahan asas, kemudahan pendidikan dan soal alam sekitar," katanya.


Menjawab pertanyaan mengenai hala tuju Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU 15, Pengerusi PH itu berkata mesyuarat semalam telah menetapkan haluan untuk mengukuhkan organisasi, termasuk menggunakan satu logo untuk semua parti komponen menghadapi PRU


Berkenaan usaha mengembalikan keyakinan rakyat, katanya, PH akan melakukan beberapa perubahan strategi yang sesuai.


"Saya akui orang merasa sinis dan kecewa tentang politik tetapi kita harus meyakinkan mereka, tolak orang yang rasuah, tidak kira siapa, dari parti mana. Selamatkan rakyat.


"Tetapi kita kena fikir juga orang yang rasuah ini kaya. Kalau sebut Anwar saja, geng yang korup itu berkumpul bagaimana untuk menyekat. Cari kes baru ke, cari apa apa kerana mereka tahu kita konsisten (lawan korupsi).


"Tetapi rasuah ini menghimpit hidup rakyat. Tugas kita (pemimpin) membela rakyat yang susah.


"Sebab itu saya bawa skrip ini, supaya meyakinkan mereka bahawa ada dalam nilai kehidupan ini yang lebih besar daripada material sahaja. Iaitu amal makruf, nilai kebaikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page