top of page

Perangi rasuah: PM hargai ketegasan SPRM, PDRM siasat semua pihak



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran untuk terus memerangi rasuah dan sindiket dadah secara besar-besaran.


Berucap pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya pada Selasa beliau menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ‘tokoh kenamaan’ dan ‘jerung’ (sindiket dadah) tidak akan terlepas daripada sebarang siasatan rasuah dan jenayah.


"Kerajaan akan bertindak tegas dalam hal itu tidak kira apa latar belakang sekali pun.


"Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat, kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini," katanya.


Pada ucapannya Anwar turut memuji kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melawan rasuah termasuk menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat selain ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah seperti dilapor baru-baru ini.


"Ratusan ribu anak terlibat dengan dadah, berbelanja ratusan juta ringgit. Sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. ‘Salute’ kepada PDRM," katanya.


Sebelum ini, media pada Disember lalu melaporkan kejayaan PDRM menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.


Dalam operasi itu ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu ditahan di dalam operasi khas berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page