Perancangan pembangunan Johor tidak seimbang, ada kawasan tertinggal



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pontian, Aziz Shari, menyifatkan perancangan pembangunan di Johor tidak seimbang dan lebih tertumpu kepada bandar bandar tertentu menyebabkan sebahagian daerah kekal miskin dan tiada peluang pekerjaan.


"Saya bagi contoh di kawasan Benut dan bandar Pontian, dapat lihat perbezaannya. Saya pernah berkhidmat di Majlis Daerah Pontian selama 3 tahun. Kita nampak bagaimana pembangunan ada perbezaan di kawasan Benut. Kurang peluang pekerjaan yang membolehkan penduduk mengembangkan skil mereka.


"Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor, mungkin YB DUN itu tak alert, saya lihat itu punca ketidakseimbangan pembangunan di Johor.


"Sedangkan Johor kalau kita tengok hampir sama dengan Selangor. Ada banyak kawasan yang boleh dibangun bersama. Tetapi perancangan pembangunan (di Johor) lebih tertumpu kepada satu satu bandar dan yang lain tertinggal," katanya.


Menurut beliau, kawasan yang tidak dimajukan dengan perindustrian seharusnya dijadikan kawasan pertanian moden dan penduduk di kawasan itu tidak perlu pergi ke Johor Bahru mencari pekerjaan atau merantau ke Singapura.


"Sedangkan pertanian ada, perikanan ada. Ada peluang bagaimana kita boleh ubah kepada pertanian moden. Yang saya lihat di kawasan saya, anak muda keluar bekerja di Johor Bahru, balik pukul 8.00 malam di Benut. Cara kehidupan macam tak ada live.


"Kawasan Segamat pun sama. Ketidakseimbangan perancangan di Johor ini ada kaitannya dengan insfrastruktur dan pembangunan jadi tidak seimbang," katanya lagi.


Untuk rekod, masalah dalam kalangan anak muda 18 hingga 21 tahun pula adalah peluang pendidikan yang terhad dan pekerjaan yang kurang di kawasan Johor lebih ke utara.


Selain kos sara hidup yang membebankan yang akan dijadikan isu kempen Pilihan Raya Negeri Johor sepanjang Februari dan Mac ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER