top of page

Perancangan ekonomi masa hadapan tumpu aspek inovasi, kreativiti, bakat - Rafizi



Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dilihat perlu menumpukan isu isu ekonomi yang bukan lagi konvensional sebagaimana berdekad dekad lalu.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata perkembangan ekonomi dunia telah jauh berubah daripada era terdahulu yang tertumpu kepada komoditi atau sektor pembuatan.


Oleh itu, katanya ekonomi negara lebih fokus ke arah inovasi dan kreativiti untuk tidak ketinggalan menghadapi persaingan negara negara serantau.


"Cabaran utama adalah kita nak bergerak ke tahap seterusnya. Kita tidak boleh lagi terikat dengan pembangunan insfrastruktur, pembuatan dan apa yang kita buat dengan baik dalam beberapa dekad terdahulu


"Bukan lagi persoalan mengenai komoditi dan produk, ia mengenai persoalan inovasi, kreativiti dan ketangkasan.


"Cabaran kepada perancang, bukan mudah untuk merancang dari segi inovasi dan kreativiti. Ia melibatkan banyak perkara, persekitaran, eko-sistem, modal manusia, reputasi, sama ada kita boleh menarik cukup bakat dan modal," katanya Kick-Off Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kelmarin.


Menurut beliau, dalam konteks tersebut untuk merancang mengenai Rancangan Malaysia Ke 12 atau semua rancangan yang ada maka proses penilaian separuh penggal menjadi sangat penting.


Katanya, perancang tidak boleh lagi melihat semata mata dollar and cents atau peratusan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan perlukan pendekatan baharu


Oleh itu, Rafizi yang sebelum ini terkenal dengan pendekatan ekonomi masa hadapan meminta para perancang melihat realiti baharu dan bersedia dengan cadangan ekosistem baharu ekonomi.


"Sebab itu saya ambil kesempatan ini untuk saya pohon semua yang terlibat, iaitu agensi dan mereka yang bertanggungjawab di mana mana peringkat pun, supaya bersedia dengan keupayaan dan kemahiran yang diperlukan sekarang sebagai kumpulan yang bertanggungjawab untuk merancang supaya kita cari jalan baru, dengan pendekatan berlainan dan tidak boleh lakukan benda yang sama berterusan. Ini bukan mengenai ekonomi tetapi kewibawaan kita sebagai perancang.


"Kita mesti melihat matriks dan pemboleh ubah baharu. Kalau kita dapat lakukan dengan baik, selalunya bukan suatu yang kita dapat zahirkan dengan serta merta. Kita perlu membina kandungan ke tahap teknologi yang lebih tinggi kerana ini yang diperlukan untuk ekonomi yang tidak boleh berlaku (dapat hasil) serta merta. Mungkin dalam 5 tahun pun kita hanya melihat perkara yang awal sahaja," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page