top of page

Peranan tidak formal wanita perlu diiktiraf, dihargai - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29
  • 1 min read

ree

Peranan wanita dalam sektor tidak formal, khususnya sebagai suri rumah dan penjaga keluarga tidak lagi boleh dianggap sebagai sumbangan pinggiran.


Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, peranan tersebut wajar diiktiraf dan dihargai setimpal dengan impaknya terhadap pembangunan masyarakat dan negara.


"Justeru kewujudan polisi seperti Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025–2030 penting bagi memajukan wanita, menaikkan imej dan menghargai sumbangan mereka.


"Ia bukan sahaja memberi penekanan terhadap pemerkasaan wanita, malah meningkatkan kesedaran awam tentang peranan besar mereka dalam kemajuan negara," katanya dipetik selepas merasmikan Walkabout Khas DWN dan PTPW di Parlimen Malaysia pada Isnin.


Majlis bertemakan ‘Martabat Wanita, Memperkukuh Negara’ itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri,


Sementara itu Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Hal Ehwal Wanita dan Keluarga berkata, polisi diketengahkan itu mencerminkan komitmen jelas Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kedudukan wanita.


Ia bukan sahaja dari segi peluang ekonomi, malah dari aspek pengiktirafan sosial dan pembangunan menyeluruh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page