Peranan golongan pekerja bangunkan negeri dihargai- Saifuddin Shafi
- Suara Keadilan
- May 1
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kerajaan Selangor akan terus menghargai dan mengiktiraf peranan golongan pekerja yang menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan di negeri itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Mohammad berkata, negeri itu akan terus berperanan sebagai rumah terbaik untuk golongan tersebut mencambah idea serta kreativiti mereka dalam apa juga bidang pekerjaan diceburi.
Sambil menyifatkan golongan pekerja sebagai "kesuma bangsa", Saifuddin menzahirkan penghargaan atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan mereka.
"Saya ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada mereka yang menjadi nadi pembangunan dan kemajuan negeri Selangor
"Selangor menghargai sumbangan golongan pekerja dan akan terus memainkan peranan penting untuk menjadi pusat pembangunan pekerja yang terbaik di negara ini.
"Selamat Hari Pekerja, Pekerja Kesuma Bangsa" katanya menerusi satu video ringkas bersempena sambutan Hari Pekerja yang disambut hari ini.
Sambutan tahun ini bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, sebagai menzahirkan penghargaan terhadap peranan pekerja yang dianggap tulang belakang pembangunan dan pelaksana agenda Malaysia MADANI yang menjunjung prinsip kemampanan, keadilan dan kesejahteraan.
Comments