top of page

Perak umum bonus raya buat penjawat awam, Ketua Kampung



Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri.


Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, buat julung kalinya juga bantuan sama akan diberikan kepada 995 ketua Kampung.


Turut menerima insentif itu adalah guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.


"Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri," katanya dipetik.


Pada ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh.


Seramai 800 penjawat awam menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Laman Seri Ridzuan turut menunaikan solat tarawih bersama Saarani.


Sementara itu Saarani menjelaskan, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.


Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page