top of page

Peperiksaan SPM tidak perlu, STP kelayakan tunggal ke universiti - Dr Maszlee



Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik berpendapat negara tidak memerlukan pelbagai jenis peperiksaan untuk membolehkan pelajar masuk ke universiti.


Menurut beliau, sistem yang digunakan hari ini dengan beberapa peperiksaan dibenarkan sebagai syarat masuk ke universiti bercelaru dan tidak dipraktikan di negara maju.


"Kita melihat pintu masuk ke universiti terlampau banyak. Ada SPM, ada matrikulasi, ada dasar dan sebagainya. Walhal di negara maju tidak seperti itu.


"Ini mewujudkan satu ketidakseimbangan, akhirnya timbul isu perkauman dan lain-lain. Timbul pelbagai isu lain kerana benda polisi ini dibentuk 30 tahun lalu, keadaan empat dekad lalu tidak sama seperti hari ini," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan.


Justeru, Dr Maszlee mencadangkan agar sistem kemasukan ke universiti disatukan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STP sebagai syarat tunggal.


"Dalam pelan pendidikan baharu kita mahu lihat single entry sahaja, iaitu STP. Awak duduk di matrik kah, duduk di mana kah, itu peperiksaan standard dan STP kita diiktiraf di peringkat antarabangsa.


"Untuk pergi ke STP, itu yang kita letakkan K12 (dua belas tahun persekolahan). Jadi bagaimana jika tak sampai STP? Ada peperiksaan lain ke arah itu. Bolehkah diploma? Diploma tetap ada ditawarkan di universiti. Diploma biasanya peluang kepada mereka yang tidak ambil asasi itu," katanya.


Menurut beliau lagi, semua pelan reformasi pendidikan tersebut merupakan rancangan 5 tahun kementeriannya sewaktu kerajaan Pakatan Harapan berkuasa dahulu.


Bagaimanapun, kerajaan hari ini tidak berminat untuk meneruskan pembaharuan berkenaan dan kembali kepada sistem lama.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page