top of page

Penyokong Pas, ubah walak buta kepada walak berprinsip - Badrulamin



Penyokong Pas tegar atau walaon diistilahkan sebagai kelompok yang setia kepada pemimpin dan perjuangan.


Namun sejak kebelakangan ini, ketika Pas bersama dalam kerajaan 'tebuk atap' dan cenderung tidak mengotakan janji mereka terutama dalam hal membela agama Islam seperti menghapuskan judi, melaksanakan pindaan Rang Undang-undang 355 dan sebagainya maka wajarkah kelompok walaon terus taat kepada Pas?


Bagi pendakwah bebas, ustaz Dr Badrulamin Bahron yang pernah menjadi bintang popular Forum Perdana Ehwal Islam pada 1990an lalu, walaon Pas harus bermuhasabah. Mereka wajib walak kepada pemimpin yang tidak menyeleweng daripada jalan agama, bukannya walak membuta tuli.


"Walaon merupakan istilah yang diberikan kepada penyokong Pas tegar yang gagal berfikir secara rasional, secara agamawi atau Islami.


"(Bagi saya) kalau terang-terang pemimpin kamu itu salah, kamu haram menyokong mereka. Pesan saya kepada rakan-rakan Pas, janganlah terlalu taksub kepada pemimpin.


"Apa yang berlaku, timbul budaya idiolise pemimpin macam mendewakan mereka, sehingga timbuk kata-kata 'tak kan pemimpin kami salah'. Mereka bukan Nabi. (Hakikatnya) mereka manusia, mereka tidak maksum. Mereka juga melakukan ijtihad mengikut pemikiran yang mungkin betul atau tidak betul," kata Badrul dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia yang disiar melalui Facebook live baru-baru ini.


Menurut Dr Badrul lagi, pemimpin Pas tidak ada alasan agama bagi membenarkan perbuatan mereka menyokong kleptokrasi, mendewakan perasuah Umno atau bekerjasama dengan parti yang menzalimi rakyat. Nasihat Barol, walaon Pas perlu rasional dalam menilai ijtihad pemimpin agar tidak lari daripada nas al Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.


"Tetapi dalam keadaan sekarang ini ijtihad apa? Apa alasan agama yang membolehkan Pas berkompromi dengan perasuah, penipu, pengkhianat. Apa alasan mereka? Dari mana nas mereka ambil?


"Ini yang kita lihat mereka gagal menggunakan akal kerana dihantui dogma. Apa dia? Walak. Taat tetapi taat buta, bukan taat berprinsip.


"Taat berprinsip ialah taat selagi tidak melanggar hukum Allah, seperti mana Abu Bakar apabila dia dilantik sebagai khalifah. 'Kamu taat aku selagi aku taat Allah, bila aku menyimpang daripada perintah Allah kamu betulkan aku' Sahabat angkat pedang 'Ya Abu Bakar, kami betulkan kamu dengan ini (pedang)'


"Dahsyat konsep walak berprinsip yang jelas mengikut hukum agama, bukan walak buta. Bukan walak sehingga yang salah dikatakan benar dan yang benar dikatakan salah.


"Hanya kerana doktrin mereka (walaon) tidak boleh menentang pemimpin dan taat setia bersama pemimpin," katanya lagi.


Oleh itu, Badrul yang juga Pengerusi NGO Pro98 Reformis menasihatkan para penyokong Pas agar menilai perkembangan politik semasa berhubung ijtihad parti itu, termasuk sokongan berterusan kepada pemimpin Umno biar apa pun yang berlaku.


Meskipun budaya walak sukar diubah namun kata Badrul, sekiranya seseorang berprinsip maka mereka wajar mendahulukan prinsip.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page