top of page

Penyelaras DUN Gurun ziarah OKU mangsa kemalangan di tempat kerja

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 30, 2023
1 min read


Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, kiri) baru baru ini menziarahi seorang mangsa kemalangan di tempat kerja, Asraff Othman di Taman Sinar Mentari, Bedong.


Menurut Firdaus, Asraff yang sebelum ini bertugas sebagai pemandu lori 8 tan mengalami kemalangan terjatuh di bahagian atas lori menyebabkan beliau menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) kerana mengalami kecatatan kekal.


Beliau yang mempunyai dua anak berumur 2 dan 5 tahun kini tinggal bersama ibunya.


"Ekoran kejadian kemalangan itu, Asraff telah alami kecederaan parah.


"Tulang belakangnya patah dan terpaksa dibedah selain kedua kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik dan kini terpaksa bertongkat.


"Sejak kejadian itu saudara Asraff yang kini tinggal bersama ibu dan 2 cahaya matanya tak mampu bekerja dan hilang sumber mata pencarian untuk menyara keluarga.


"InshAllah pihak saya akan cuba membantu apa yang perlu selain keperluan asas untuk beliau dan keluarga," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page