top of page

Penyelaras DUN Gurun selesaikan masalah pagar kawasan perkuburan



Tanpa bergelar wakil rakyat rasmi penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, kanan sekali) baru baru ini telah menjemput pegawai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk menilai bagi membina projek naik taraf pagar kawasan perkuburan berhampiran Masjid Safuan di Jeniang.


Menurut Firdaus, ahli jawatankuasa masjid tersebut telah memohon kepada beliau untuk membaiki pagar kawasan perkuburan bersebelahan masjid serta bilik pengurusan jenazah, dua bulan lepas.


Katanya, beliau terus membawa hal tersebut ke pengetahun pihak ICU.


"Alhamdulillah, pada petang ini, saya turun padang bersama pihak ICU bagi meninjau serta melawat lokasi projek pembangunan terbabit di Masjid Safuan, Jeniang.


"Selepas tinjauan dilakukan, pihak ICU memaklumkan bahawa InshaAllah projek pembangunan bagi menaiktaraf pagar serta bilik pengurusan jenazah di Masjid Safuan, Jeniang akan dimulakan dalam tempoh yang terdekat," katanya.


Firdaus dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak ICU yang segera memberikan kelulusan kepada projek pembangunan tersebut.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page