Masalah bekalan gula kampit yang berkurangan dan terputus di sesetengah tempat di kawasan Gurun diselesaikan oleh Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari.
Menurut Firdaus, beliau telah menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kedah dan dijanjikan bantuan dengan melaksakaan jualan Rahmah bagi pembelian dua kampit gula dengan harga RM5.
"Saya telah menghubungi pihak KPDN negeri Kedah untuk mencari jawapan tentang kekurangan bekalan gula di pasaran khususnya di Gurun.
"Alhamdulillah KPDN telah mengambil tindakan pantas dan segera dengan membekalkan gula di pasaran, khususnya di Gurun dan seluruh negeri Kedah.
"Bermula hari ini, KPDN Kedah telah menjalan jualan Rahmah gula untuk setiap orang 2 bungkus untuk 2 kilo berharga RM5. Di Gurun kita ada di 2 tempat jualan pertama pasar raya Ben Huat, Jeniang dan kedua pasar raya Kawan Kita di Gurun," katanya dalam siaran TikTok semalam.
Firdaus dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak KPDN yang amat prihatin menyelesaikan masalah rakyat bawahan dengan memberi harga diskaun.
"KPDN Kedah telah mengambil tindakan pantas dan segera untuk menyelesaikan masalah ini.
"Kita ucap terima kasih kepada pihak KPDN," katanya lagi.
Comments