Penyelaras DUN Benut, Mohamad Nazri Ismail (gambar, kiri) mengagihkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada peniaga kecil di Sungai Pinggan, Benut, Pontian, Johor baru-baru ini.
Menurut Nazri, peniaga kecil di kawasan itu terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sama ada mereka tidak boleh berniaga atau menghadapi masalah kekurangan pelanggan.
"Dengan sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban harian para peniaga tersebut," katanya.
Beliau yang merupakan Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor yang kini merupakan Pengerusi Pertubuhan Generasi KEADILAN Johor meluangkan masa mendengar keluhan peniaga yang terkesan sejak perlaksanaan PKP pada Jun lalu.
Turut bersama adalah Timbalan Ketua Cabang dan Penolong Setiausaha Pengelola AMK Johor yang juga merupakan Jawatankuasa Pilihanraya Cabang Pontian.
Comments