top of page

Penyanyi kumpulan The 1975 biadap, KKD akan temui penganjur



Tindakan kurang sopan penyanyi kumpulan The 1975 yang membuat aksi melanggar undang undang negara dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang malam tadi mendapat teguran keras Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil.


Menurut beliua, Penganjur Good Vibes Festival 2023 diminta memberi penjelasan berhubung insiden memalukan itu.


"Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh," ciapnya di Twitter.


Persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan malam tadi selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.


Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page