top of page

Penurunan eksport bukan hanya Malaysia, negara Asia lain turut terjejas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2023
  • 1 min read

ree

Kritikan pembangkang PN kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bijak mentadbir ekonomi sehingga berlaku kemerosotan eksport negara dalam beberapa bulan tahun 2023 dibidas pelbagai pihak.


Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, tuduhan melulu tersebut menunjukkan pembangkang tidak faham perjalanan ekonomi dunia serta tidak melakukan kajian sebelum 'menghentam' kerajaan.


Katanya, kemerosotan eksport bukan sahaja dialami Malaysia, malah kebanyakan negara pengeskport di Asia akibat ketidakstabilan geopolitik dan pertelagahan kuasa besar ekonomi dunia.


"Negara kita banyak bergantung kepada ekonomi China yang pada waktu ini prestasi ekonomi mereka mengalami masalah.


"Selain itu, faktor peperangan Ukraine - Rusia serta konflik Palestin - Israel juga memainkan peranan kepada masalah ekonomi global.


"Bukan sahaja Malaysia tetapi negara lain juga mengalami keadaan sama (penurunan eksport)," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Pengarah Dasar KEADILAN itu lagi, kemerosotan eksport sejak Janauri 2023 berkenaan akan segera diatasi apabila puluhan bilion pelaburan asing mula masuk pada tahun hadapan dan akan menghasilkan pelbagai produk industri berorientasikan eksport.


"PM telah berkunjung ke beberapa negara bagi mempromosi dan menarik pelabur luar.

"Sebab itu, saya yakin ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pesat lagi mulai tahun hadapan," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page