top of page

Penularan wabak jangkiti ternakan khinzir makin serius, kerajaan perlu bertindak segera



Penularan wabak African Swine Fever ASF ke atas ternakan khinzir semakin serius di pantai barat Semenanjung.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, penularan yang serius berlaku di Perak dan Negeri Sembilan kini mengancam industri penternakan khinzir yang berjumlah RM5 bilion.


Katanya, jika tidak ditangani dengan baik hal itu akan berlanjutan dan menyebabkan kerugian berpanjangan kepada para penternak dan juga kerajaan.


"Saya yakin dengan kebolehan pihak kerajaan terutamanya pihak Department of Veterinary Services (DVS) dalam menangani wabak ini.

"Saya ingin memberi beberapa cadangan kepada kerajaan dan penternak mengambil langkah segera, iaitu dengan melaksanakan sekatan rentas negeri kepada babi hidup bagi mengekang wabak

"Ada laporan berlaku pergerakan babi hidup merentas dari negeri Perak ke Negeri Sembilan dan hal ini menyebabkan penularan wabak ke Negeri Sembilan.


"Dalam situasi ini kerjasama para penternak dengan kerajaan juga penting di mana para penternak harus memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak DVS dan MAFI dalam menangani masalah ASF.


"Mereka harus melaporkan sebarang penularan wabak dengan serta merta kepada pihak DVS untuk pemusnahan babi sakit. Ini untuk mengurangkan kerugian dan mengelakkan penularan yang berpanjangan," katanya.


Selain itu, Sim juga menegaskan kerajaan perlu mengawal penjualan babi.


Katanya, terdapat penternak menjual babi sakit secara haram ke pasaran untuk mengelakkan kerugian teruk. Penternak yang tidak bertanggungjawab tersebut harus dihukum demi memastikan survival industri.

Sebagai langkah melindungi petani, sebaliknya beliau menyarakan agar kerajaan memberi pampasan RM500 seekor babi untuk pemusnahan babi sakit.


"Bagi mengelakkan penjualan daging babi sakit ke pasaran, kerajaan harus mempertimbangkan pampasan kos penternakan supaya tidak berlaku penjualan babi sakit yang akhirnya akan menyebabkan penularan wabak tidak terkawal ke tempat lain.


"Kerajaan pernah melaksanakan pampasan kepada penternak ayam apabila berlakunya wabak H1N1 satu masa dahulu," katanya.


Ahli Parlimen Bayan baru itu juga menekankan Kerajaan Negeri harus membantu para penternak untuk mentransformasikan industri penternakan dari penternakan tradisional ke modern pig farming.


"Mereka harus menyediakan tapak tanah yang sesuai, pajakan tanah atau penjualan tanah pada harga berpatutan. Ini akan membantu para penternak mentransformasi ke penternakan MPF yang lebih mudah mengawal penyakit.

"Dengan membantu para penternak, maka masalah perancangan dan pencemaran dapat diselesaikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page