top of page

Penularan HIV: Kemasukan pelarian Rohingya dari Cox's Bazar membimbangkan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) menggesa kerajaan memperketat kawalan sempadan negara susulan laporan mengenai peningkatan kes HIV di kawasan sekitar kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar di Bangladesh.


Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia terus terpelihara.


"Laporan dari Sinar (Harian) menyebutkan pihak berkuasa kesihatan di Cox's Bazar, Bangladesh menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes HIV, khususnya dalam kalangan penduduk yang tinggal di dalam dan sekitar kem pelarian Rohingya," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, berdasarkan laporan itu, pihak berkuasa kesihatan di sana mengenal pasti kira-kira 2,500 individu yang hidup dengan HIV di daerah berkenaan.


Sehubungan itu, beliau berpandangan kawalan di pintu masuk negara perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kemasukan pelarian secara tidak sah.


"Oleh yang demikian, kemasukan mereka ke Malaysia dari Cox's Bazar amat merisikokan rakyat Malaysia.


"Kerajaan wajib mengetatkan sempadan negara daripada dibolosi pelarian Rohingya ketika ini," katanya.


Beliau menegaskan aspek keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani isu kemasukan pendatang dan pelarian.


"Keselamatan warga Malaysia lebih utama dijaga ketika ini," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page