top of page

Penting wakil rakyat kerajaan menang di Padang Serai - Johari Abdul



Pengundi di Pilihan Raya Kecil Padang Serai dinasihatkan untuk melantik seorang wakil rakyat daripada Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya 7 Disember ini.


Hal itu dinyatakan oleh ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul.


Katanya, banyak masalah kawasan boleh boleh diajukan secara langsung kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan mudah untuk diusahakan peruntukan kerana beliau wakil kerajaan.


"Berbelas tahun kita duduk di parlimen, kadang kadang maklumat tak sampai kepada kita. Akhirnya kita sendiri pun tak tau apa yang berlaku di bawah. Malam ini saya ajak rakyat mainkan peranan kita, agar pemimpin kita dalam deean nanti akan menyampaikan maksud dan hasrat kita.


"Semua masalah bukan diselesaikan dalam dewan. Masalah diselesaikan di kantin dewan. Kantin dewam tu lebih penting daripada dewan. Pasal lepas bahas kita keluar, jumpa menteri ni Datuk nak minta satu saja, masjid saya teruk sangat.


"Kita bawa surat siap siap, tolong sain RM3 juta saja. Dia pun tanya mana pen. Macam itu cerita dia. Sebab itu Ahli Parlimen dengan menteri dia mesti ada hubungan yang baik.


"Bayangkan kalau pembangkang (memang), dia tak boleh datang dekat. Pertama dia pun malu, kedua dia pun ketaq nak cakap. Salam, belah lagu tu," katanya.


Beliau yang pernah menjawat Ahli Parlimen Sungai Petani untuk 3 penggal berkata, negeri Kedah amat kaya dengan sumber alam, namun kerana kegagalan pemimpin membangunkannya menyebabkan negeri itu antara termiskin.


Katanya, penting untuk rakyat mengangkat anak muda seperti calon PH, Mohamad Sofee Razak untuk mengilap potensi Kedah


"Contoh di Kedah apa yang tak ada, kita ada laut, sungai, tanah subur, semua kita ada. Pasal apa kita di antara paling miskin?


"Sebab itu kita perlukan pemimpin yang fikir pasal kita. InshaAllah dengan ada Dr Sofee, akan menjadi penyambung kepada kita. Lepas dia menang, jangan cium tangan dia, pagi pagi pergi cari tanya apa nak buat," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page