top of page

Penting Hari Kebangsaan tunjukkan patriotik, kasih sayang antara kaum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26, 2023
  • 2 min read


Hari Kebangsaan tahun ini amat penting buat rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik dan muhibah antara kaum.


Hal itu kerana negara baharu sahaja dilanda perpecahan akibat Pilihan Raya Umum November 2022 dan ditambah parah dengan kempen perkauman pada Pilihan Raya Negeri, Ogos 2023.


Bagi aktivis politik, Yuslaini Azmi, rakyat memerlukan kesembuhan daripada luka perkauman dengan bersama sama menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dengan rasa kasih sayang dan saling memerlukan antara satu sama lain.


"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, lebih baik kita menyuburi semangat kemerdekaan dengan menunjukkan rasa cinta terhadap negara, dengan membangunkan negara tercinta ini bersama-sama walau berbeza ideologi politik dan meraikan perbezaan yang ada. Bukankah Malaysia kaya dengan budaya, bangsa dan bahasa semenjak sebelum merdeka lagi?


"Mengapa harus kita berpecah-belah hanya kerana konsep dan fahaman politik yang tidak sehaluan sedangkan kita kaya dengan kepelbagaian?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Yuslaini turut membidas pihak yang mahukan logo sambutan Hari Kebangsaan berlainan di negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional yang boleh dianggap memperpanjangkan pertelingkahan politik.


Hal itu, katanya, hanya melebarkan perpecahan antara kaum di Malaysia dan amat tidak baik untuk perkembangan soio-ekonomi negara pada masa hadapan.


"Pada pandangan saya, isu logo ini bukanlah isu utama.


"Perkara pokoknya apa erti merdeka jika minda masih dijajah? Apa erti merdeka jika kita masih seronok berpesta merayakan api kebencian di saat kita sepatutnya merayakan Hari Kemerdekaan dengan penuh rasa cinta dan berkasih sayang sesama kita sebagai warganegara Malaysia?


"Apakah fahaman politik ini perlu dijadikan kiblat untuk kita menghunus pedang pada lawan hanya kerana pendekatannya berbeza berbanding kita?


"Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama refleksi diri dan menghidupkan semangat kemerdekaan dengan berusaha bersama-sama memulihkan ekonomi serta mengangkat negara menjadi Harimau Asia di rantau ini.


"Tema kita pada tahun ini juga Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, jadi bagaimana kita mahu bersatu-padu jika isu logo pun menjadi isu," katanya lagi.


Tegas beliau, dalam setiap perbezaan pasti ada persamaan. Persamaan yang penting, walau berbeza ideologi dan fahaman politik semua rakyat Malaysia sewajarnya bergerak ke arah mewujudkan negara yang lebih baik dan maju.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page