Urustadbir kerajaan PN akan semakin lembab dalam tempoh darurat?



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah pun sedia dipertikaikan sejak ditubuhkan pada Mac 2020 berkemungkinan akan semakin tidak cekap dan lembab sepanjang tempoh darurat.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, kerajaan darurat berkemungkinan tidak akan cakna kepada kritikan dan penggantungan institusi Parlimen menyebabkan pemerintah tidak boleh disoal dalam setiap tindakan mereka.


Katanya, ketidakcekapan itu hanya akan menyusahkan rakyat dari segi kelewatan peruntukan, pelaksanaan projek awam dan dikhuatiri akan menyebabkan pelabur asing semakin menjauh dari Malaysia.


"Ini memang akan berlaku sebab itu kebanyakkan negara tak umum darurat kerana keberkesanan dan kecekapan sesebuah kerajaan akan merudum sebab lumpuhnya sistem pentadbiran dalam penyempurnaan kerja.


"Kebanyakkan negara juga sangat berhati-hati dalam pengumuman darurat ini kecuali ketua negara gila seperti (Donald) Trump sahaja. Trump dianggap gila, dia kalah (pilihan raya Presiden) lepas itu umum darurat. Dia nak heret rakyat Amerika Syarikat jadi gila seperti dia juga.


"Jadi adakah Muhyiddin segila Trump dan setaraf bekas Presiden Amerika itu?" soalnya.


Pada sepanjang tempoh darurat sehingga Ogos, kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka terselamat daripada dipersoalkan dalam sidang Parlimen sesi Mac dan Julai yang tidak akan diadakan berikutan proklamasi darurat yang menggantung institusi berkenaan.


Bagaimanapun, kerajaan darurat menghadapi kritikan keras rakyat apabila semakin banyak pelabur asing memindahkan pelaburan mereka ke negara jiran dan megurangkan peluang pekerjaan buat rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER