top of page

Penjualan aset: Akhirnya TH terbela dari fitnah sesama Islam



Isu penjualan aset Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam terbukti adalah satu fitnah, kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.


Kenyataan itu dibuat Mujahid melalui satu ciapan di akaun Twitter miliknya semalam sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani yang kalah saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 September 2022 lalu.


"Isu saya jual hotel TH terbukti di dua mahkamah satu fitnah!

"Terima kasih peguam, Norazmir dan akhirnya TH terbela daripada fitnah keji sesama Islam. Alhamdulillah," tulis ciapan itu.


Pada 14 September 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Mujahid dengan kos RM11,000.


Saman fitnah itu berikutan kenyataan Mujahid di Twitter pada 22 November 2020 terhadap Dasuki berbunyi 'Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa. Berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya'.


Mujahid membuat kenyataan berkenaan selepas tersebarnya video ceramah Ahmad Dusuki yang mendakwa aset TH dijual kepada orang bukan Islam.

Hakim ketika itu menegaskan “Pernyataan dalam Twitter itu bukan merupakan suatu fitnah kerana daripada keterangan semasa perbicaraan telah terbukti bahawa aset Tabung Haji tidak dijual kepada orang bukan Islam”.


Sementara itu, Hakim Datuk Khadijah Idris ketika menolak rayuan Dusuki semalam memberikan alasan ringkas, antaranya seperti berikut:


i. Mahkamah mendapati Defendan telah, atas imbangan kebarangkalian membuktikan bahawa Kenyataan yang Dipertikaikan (KYD) tersebut mempunyai justifikasi.


Keterangan menunjukkan KYD itu yang merupakan satu tindak balas terhadap kenyataan Plaintif yang disiarkan di youtube pada 20/2/2020 bahawa Tabung Haji (TH) telah menjual asset yang terdiri dari hotel TH yang merupakan harta orang Islam kepada bukan Islam dan adalah dosa yang kena ditanggung sampai akhirat.


ii. Keterangan juga menunjukkan terdapat penjelasan yang dibuat di Parlimen oleh mantan Perdana Menteri (terhadap soalan dikemukakan Defendan) bahawa asset TH yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah sebuah syarikat tujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan bahawa TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam. Pemindahan tersebut adalah sebahagian dari pelaksanaan di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang diluluskan oleh Kabinet sewaktu Defendan menjadi Menteri Agama di JPM.


iii. Terdapat juga keterangan bahawa Plaintif sendiri setuju bahawa hotel TH tidak dijual kepada orang bukan Islam. KYD tersebut adalah suatu tindak balas Defendan terhadap kenyataan Plaintif sendiri yang mengatakan hotel TH telah dijual kpd orang bukan Islam.


Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Dusuki membayar kos tambahan RM7,000 kepada Mujahid.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page