top of page

Penipuan kewangan atas talian: Percepat langkah baharu keselamatan perbankan - Chean Chung



Pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk membanteras jenayah penipuan kewangan atas talian dengan memperketatkan keselamatan perbankan perlu disegerakan pelaksanaannya.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, biar pun hal itu kelegaan kepada pengguna perkhidmatan kewangan atas talian dan boleh dianggap kemenangan buat kumpulan dan individu, termasuk #ScamVictimSupport yang bertungkus-lumus memberikan tekanan ke atas isu berkenaan, namun ianya tidak banyak membantu sekiranya tiada pelan bagi menangani mangsa mangsa yang telah ditipu.


"Saya perhatikan masyarakat rata-rata berasa puas hati dengan perkembangan tersebut, walaupun langkah yang telah lama disyorkan itu hanya dilaksanakan selepas keadaan menjadi parah.


"Tragedi ini sebenarnya dapat ditangani lebih awal kerana BNM merupakan sebuah badan berkuasa yang berkeupayaan untuk mendesak peningkatan tahap keselamatan online bank-bank komersil.


"Persoalannya, adakah duit dan harta hampir 64,000 mangsa penipuan dapat dikesan dan dikembalikan kepada mereka? Ataupun mereka akan terus dibiar dan dilupakan begitu sahaja?" tanyanya.


Baru baru ini, Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan sebanyak 63,723 mangsa telah ditipu dalam scam online sejak tahun 2019 hingga Julai 2022.


Kata Chean Chung, sekiranya langkah drastik diambil 6 bulan lebih awal, sebanyak 12,000 kes penipuan online yang melibatkan kerugian purata sebanyak RM34,304 seorang akan dapat dielakkan atau dikurangkan.


Dalam hal tersebut, tegas ADUN Semambu itu, institusi kewangan perlu bertanggungjawab kerana penipuan bermaharajelela sebelum ini berpunca daripada ketidaksedaran BNM atas kuasa mereka serta kelembapan bertindak.


"Akibat kecuaian itu sehingga saat ini lebih kurang 58 orang diperangkap dalam penipuan online setiap hari oleh sindiket yang menggunakan modus operandi yang hampir sama.


"Kelembapan agensi-agensi penguatkuasaan termasuk BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga kerjasama bank-bank komersil untuk bertindak secara kolektif dan pantas sejurus selepas penipuan juga menyulitkan pengesanan wang yang dicuri.


"Lebih memalukan, terdapat penipuan yang terang-terang menggunakan lambang agensi yang sepatutnya menjaga rakyat seperti BNM dan PDRM. Ini umpama tindakan memijak kepala tuan, tetapi sedihnya tiada seorang pun anggota utama sindiket yang ditangkap dan dihadap ke mahkamah," katanya.


Chean Chung mengharapkan “langkah bayi” dari BNM berkenaan dapat disusuli dengan kaedah serta reformasi lain yang lebih menyeluruh.


Bagaimanapun, katanya, perlu diakui buat masa ini ‘Pemenang’ dan ‘jaguh’ sebenarnya adalah sindiket penipuan dan bukannya BNM.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page