top of page

Peningkatan pelajar jurusan STEM bukti KPM di landasan tepat



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan usaha membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi menarik minat generasi muda untuk terlibat dalam pembelajaran aras tinggi.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, sehingga Ogos 2023 pendaftaran dalam kalangan pelajar bagi pembelajaran STEM meningkat daripada 40.95 peratus (2021) kepada 45.73 peratus (2023).


"KPM telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif meningkatkan usaha untuk menarik minat pelajar antaranya meningkatkan kemahiran dan kompetensi guru STEM serta kesedaran ibu bapa.


"Selain itu, KPM juga bekerjasama dengan Yayasan Petronas untuk melaksanakan Duta Guru bagi memperkasakan 4 ribu pendidik untuk meningkatkan pemikiran aras tinggi dalam pendidikan STEM," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) mengenai peratusan murid yang menyertai STEM.


Mengulas lanjut, Fadhlina berkata peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024 untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer membuktikan tekad kerajaan dalam pembelajaran STEM.


"Selain itu, RM254 juta telah diluluskan bagi pembekalan peralatan, reka bentuk dan mengubah suai sekolah rendah membuktikan keseriusan dalam pendidikan STEM," ujarnya.


Dalam pada itu, bagi meningkatkan iltizam, Kementerian Pendidikan pada ketika ini mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan STEM yang terdiri daripada jabatan pendidikan negeri, daerah dan sekolah.


"Ia bagi menyelaras, membincangkan dan menyelesaikan segera (isu berkaitan) bagi memastikan matlamat STEM tercapai," jelas Fadhlina lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page