Peniaga gerai makan tertekan harga bahan mentah melambung
- Redzuan Shamsudin
- Dec 2, 2021
- 1 min read

Kenaikan harga barang bukan sahaja menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 malah juga peniaga makanan di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut seorang peniaga gerai makan, Puan Saniah, kenaikan bahan mentah makanan sejak beberapa minggu kebelakangan ini menjejaskan keuntungan perniagaannya.
Katanya, pelanggan beliau di sekitar kawasan Lembah Pantai adalah golongan B40 dan tidak mungkin untuk beliau menaikkan harga jualan.
"Sekarang barang mahal, kita terpaksa beli juga, kalau tidak nak berniaga macam mana?
"Memang rasa ada perbezaan (harga). Dulu bunga kobis baru RM7 sekilo, sekarang RM18. Mendadak naik. Cili kering dulu seguni baru RM60 sekarang dah RM150
"Ada yang berat sama tetapi harga naik. Ada pula barang kita nampak harga sama tetapi berat dikurangkan.
"Saya bertahan jual harga sama, dapat sikit pun tak apa lah. Kita punya pelanggan orang sini. Kuih 50 sen pun orang tanya kenapa. Tapi itu harga standard," katanya kepada Suara Keadilan
留言