Suasana pengundian di Cabang KEADILAN Hulu Selangor begitu meriah sejak pusat pengundian dibuka pada pukul 9.15 pagi.
Dianggarkan 1,000 anggota KEADILAN telah pun membuang undi setakat tengah hari.
Bagi calon Ketua Cabang Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui (gambar, atas), suasana yang aman dan tenteram itu diharapkan akan berkekalan sehingga pusat pengundi ditutup pada pukul 5.00 petang.
"Kawasan Hulu Selangor kita mulakan pemilihan parti pada 9.15 pagi, sampai sekarang kita tengok keadaan dalam kawalan.
"Kita lihat semua ikut susunan dan prosedur. Keadaan tenang tiada apa yang berbangkit," katanya.
June menyifatkan ribuan anggota yang hadir untuk undi fizikal itu seolah olah suasana pilihan raya sebenar. Beliau mengucapkan syabas kepada akar umbi cabang itu yang keluar beramai ramai untuk menunaikan hak demokrasi mereka.
"Macam pilihan raya, saya ucap teri kasih kepada penyokong akar umbi yang turun hari ini. Menang kalah itu satu hal tetapi kita menunjukkan tanggungjawab dan itu yang penting.
"Tahniah dan syabas kepada semua akar umbi yang turun pada hari ini," katanya.
Seorag lagi calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan pula berharap suasana seperti pilihan raya itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah sehingga pusat mengundi ditutup.
"Harap kita dapat habiskan pengundian Cabang Hulu Selangor dengan adil, aman dan kita harap parti kita akan lebih maju dan kita tak mahu keadaan yang kecoh. Saya harap kita dapat kawal seboleh mungkin dan semua beri kerjasama.
"Sebenarnya pengundi kita 1,400 sudah (keluar). Kita harap 2,000 orang (akan mengundi) untuk pengundian fizikal," katanya.
Beliau yang bertanding untuk pertama kali bertekad akan membuat perubahan kepada Cabang Hulu Selangor sekiranya menang.
"Saya ahli dari 2008, untuk perubahan saya bertanding. Bila ada minat untuk rakyat, untuk reformasi, buat perubahan, semua akan muncul (semangat) untuk bertanding.
"Saya harap untuk Hulu Selangor baru. Apa berlaku di Hulu Selangor akan buat perubahan untuk Malaysia," katanya lagi.
Comments