top of page

'Pengundi berpeluang cipta sejarah, pastikan Malaysia bangkit kembali'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 3, 2023
  • 2 min read


Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram memberi kelebihan kepada pengundi bangsa Johor untuk mencipta sejarah dalam proses membina kegemilangan Malaysia kembali.


Supremo DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata demikian dalam ceramah Pimpinan Perpaduan Negeri Johor di Bulatan Taman Bukit Indah, malam tadi.


Katanya, pengundi di Pulai akan bertanggungjawab menyekat pengaruh PN dan membenarkan Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan proses memperbaiki ekonomi negara dan memastikan Malaysia menjadi great world class nation sekali lagi.


"Ada seminggu untuk orang di Pulai dan Simpang Jeram tulis sejarah. Biasa kita baca sejarah, kita tidak buat sejarah. Tetapi kali ini dalam PRK Pulai dan Simpang Jeram, pengundi dua kawasan ini ada peluang tulis sejarah. Kenapa?


"Oleh kerana dua dua PRK ini bukan sahaja penting bagi Pulai dan Simpang Jeram, bukan sahaja penting untuk Johor tetapi maha penting untuk Malaysia.


"Kali pertama PRK akan pengaruhi masa depan Malaysia. Kita tahu bahawa 20 tahun lepas kita sudah kalah kepada banyak negara, kepada Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, termasuk Vietnam.


"Akankah kita terus rosak dan kalah kepada negara negara lain semacam Thailand, Indonesia, China, India dan negara lain?


"Kita perlu bangkit semula. Perlu bangkit semula menjadi great world class nation. Di mana kita boleh mencipta sejarah di dunia," katanya.


Tegas Kit Siang, formula asal yang dibawakan oleh pejuang awal kemerdekaan jelas mengambil kira masyarakat berbilang kaum dan menggunakan kekuatan kepelbagaian itu untuk menjadi kuasa ekonomi di Asia.


Katanya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lok tahu keperluan menjadikan etnik di Malaysia bersatu padu.


Bagaimanapun perjuangan tersebut, katanya, diteruskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 yang mempunyai banyak jaringan pengaruh dengan pelbagai negara.


"Kali ini barulah ada satu coalition politik yang diwakili oleh PM ke 10, diwakili Anwar Ibrahim yang ada fikiran untuk menjadi Malaysia bangkit semula.


"Perikatan Nasional, Bersatu, Pas adakah mereka punya rancangan untuk Malaysia bangkit semula untuk menjadi great world class nation? Mereka tidak ada," katanya.


Sehubungan itu, mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri tersebut berkata, pengundi perlu memberi masa kepada Kerajaan Perpaduan membuktikan keupayaannya, dan tidak terikut ikut dengan gesaan PN yang mahu menamatkan hayat kerajaan sedia ada secepat mungkin.


"Kita perlu masa. Lagi 3 - 4 tahun baru kita boleh buat penentuan sama ada kerajaan Anwar berjaya atau gagal menjadikan Malaysia world class nation, bukan sekarang. Kita beri kepada Kerajaan Perpaduan masa 4 tahun," katanya lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page