top of page

Penguatkuasaan berterusan kekang peniaga naikkan harga - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20, 2024
  • 2 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi penguatkuasaan bertindak memastikan tiada pihak mengambil kesempatan di atas perubahan kadar Cukai Perkhidmatan (CP) yang diperluaskan kepada bidang tertentu.


Perdana Menteri (PM) berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan operasi untuk memastikan tiada peniaga menaikkan harga jualan dengan sewenang-wenang.


Beliau menyatakan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Parlimen petang semalam.


"Saya tekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih sahaja.


"Dalam hal ini, KPDN telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah Ops Kesan bermula 1 Mac lalu bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya," katanya.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta beberapa Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri selain pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan, wakil industri, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik.


Sebelum laporan menyebut tentang kebimbangan orang ramai terhadap tindakan peniaga menaikkan harga barang susulan perubahan CP kepada 8% mulai Mac, sedangkan ada perkhidmatan seperti makanan dan minuman tidak termasuk dalam kategori dikenakan kenaikan tersebut.


Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, mesyuarat juga telah membincangkan dengan terperinci beberapa perkara terkait kos sara hidup rakyat khususnya berkaitan isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.


"Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat," ujarnya.


Mesyuarat tersebut turut memuktamadkan pelarasan harga beras putih import yang diturunkan kepada RM2 hingga RM3 berbanding harga pasaran untuk membolehkan lebih ramai mendapat akses bahan makanan ruji itu.


Keputusan itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu petang tadi.


"Mesyuarat hari ini juga telah bersetuju supaya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat sehingga ke peringkat daerah, sekali gus membantu Kerajaan merangka pelaksanaan program yang lebih tepat dan berkesan," ujar Anwar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page