top of page

Pengorbanan ikhlas akan dibalas pengorbanan orang lain kepada kita - Rafizi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 10, 2022
  • 1 min read


Perutusan Aidiladha Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu, Rafizi Ramli mengajak rakyat merenung erti pengorbanan.


Menurut Rafizi, setiap pengorbanan yang ikhlas kepada seseorang akan dibalas Allah SWT dengan pengorbaban orang lain kepada kita.


"Aidiladha dan ibadat korban mengingatkan saya kepada dua perkara yang banyak membantu saya membuat pilihan hidup


"Bagi setiap pengorbanan itu, Allah akan balas dengan hadiah yang lebih besar kepada kita. Bila kita berkorban secara ikhlas untuk orang lain, orang lain juga akan berkorban untuk kita.


"Keyakinan kepada keadilan Allah yang melampaui pemahaman manusia, bahawa kita mendapat balasan setimpal dan seadilnya atas setiap perkara yang kita buat, baik atau buruk," katanya dalam catatan sempena Aidiladha.


Rafizi juga memuatkan di Facebook gambar kenangan beliau ketika menunaikan haji di Mekah pada 2013 yang diambil oleh rakannya.


"Ini salah satunya, terima kasih abang yang mengabadikan ingatan di Tanah Suci.


"Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page