Penghayatan al Quran berkembang dengan kunjungan Syeikh Saad Nomani
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 1 min read

Penghayatan bacaan al Quran diharap akan lebih berkembang dalam kalangan masyaraat Islam Malaysia dengan usaha membawa tokoh tokoh yang mahir melagukan ayat suci itu ke negara ini.
Terbaharu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli terharu bertemu Syeikh Saad Nomani, seorang ulama terkenal dalam bidang tilawah al-Quran di Masjid Putra, Putrajaya ketika menyambut kedatangan ulama itu yang mahu memperdengarkan bacaannya.
"Syukur program Syeikh di Malaysia yang dirancang beberapa bulan lalu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semasa kunjungan Syeikh di pejabat saya, kini dilaksanakan dengan jayanya.
"Syeikh akan berada di Malaysia lebih kurang 2 minggu dan akan mengadakan pelbagai program dan kunjungan di masjid-masjid terpilih seluruh negara.
"Syeikh terkenal kerana kebolehannya membaca al-Quran dalam pelbagai gaya," katanya dalam muat naik di Facebook.
Tambah Dr Zulkifli, Syeikh Saad amat mahir menggayakan bacaan surah al-Fatihah oleh imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang boleh dicontohi oleh imam atau ustaz di negara ini.
Beliau juga, katanya mampu menggayakan lebih daripada 100 gaya bacaan yang digunakan oleh para qari dan imam seluruh dunia.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Senator Datuk Setia Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta beberapa tokoh agama tempatan.
Comments