top of page

Penghakiman Nik Elin: Institusi syariah masih utuh - Presiden PGSM



Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 bukan bermakna institusi mahkamah syariah terancam seperti digambarkan pembangkang.


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang menegaskan keputusan itu seharusnya menjadi pencetus kepada usaha memperkasa undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah, khususnya di peringkat negeri.


"Kes Nik Elin ini boleh dijadikan pencetus untuk memperkasakan lagi undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini, khususnya di negeri.


"Negeri juga seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji perkara ini dengan memanggil semua pemegang taruh berkaitan dan semua pihak yang terbabit dengan Mahkamah Syariah.


"Kesemua mereka perlu sama-sama berbincang dan menilai langkah ke hadapan bagi pemerkasaan Mahkamah Syariah termasuk melakukan apa-apa pindaan undang-undang di negeri.

"Di peringkat persekutuan, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, maka kita serahkan kepada jawatankuasa ini untuk mengemukakan cadangan yang berkaitan," katanya dipetik.


Terdahulu, Panel lapan hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membatalkan 16 seksyen yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan


16 seksyen itu antara 20 seksyen yang dicabar peguam, Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman melalui satu petisyen yang difailkan mereka susulan enakmen itu bertindih dengan undang-undang sivil bagi kesalahan serupa.

Antara peruntukan kesalahan dalam enakmen itu yang terbatal adalah Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, kesalahan liwat (Seksyen 14) dan persetubuhan dengan mayat (Sesyen 16).


Bagaimanapun susulan keputusan itu, ada pihak kemudian membuat kenyataan seolah-olah sengaja memberikan gambaran negatif bahawa Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya 16 seksyen sahaja sebagai tidak sah.

"Bermakna untuk 48 seksyen lain dalam enakmen terbabit, DUN Kelantan masih mempunyai hak, ia masih kekal dan tidak diusik," jelas Musa Awang yang menafikan tohmahan kononnya kedulatan Islam telah diusik melalui keputusan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page